Motor Vehicles (Demerit Points) Penalty System / Sistem Keja

All the information and news by JPJ

Motor Vehicles (Demerit Points) Penalty System / Sistem Keja

Postby admin » Wed Oct 11, 2006 7:51 am

Satu Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalanraya kepada pemandu-pemandu kenderaan bermotor yang disabitkan dengan kesalahan-kesalahan terjadual di bawah Motor Vehicles (Demerit Points) Rules 1997.

Objektif Sistem Kejara

* Meningkatkan kesedaran pemandu-pemandu mematuhi undang-undang dan peraturan jalanraya.

* Mewujudkan pemandu-pemandu yang berdisiplin, bertanggungjawab dan bertimbangrasa di jalanraya.

* Membantu usaha-usaha kerajaan mengurangkan kadar kemalangan jalanraya .



Pelaksanaan Sistem Kejara

Sistem Kejara telah dilaksanakan melalui Seksyen 35 , 35A , 37 dan 38 , Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Motor Vehicles ( Demerit Points ) Rules 1997.

Mata demerit pemandu terkumpul di dalam pangkalan data JPJ (Sistem Sikap) apabila pemandu berkenaan di sabitkan oleh mahkamah atau setelah membayar denda di atas kesalahan-kesalahan terjadual yang dilakukan olehnya .

Penalti yang dikenakan di bawah Sistem Kejara

Penalti yang dikenakan terhadap pemegang lesen CDL yang mengumpul 15 atau lebih mata demerit

Kali Pertama

- lesen memandu digantung tidak lebih dari 6 bulan

Kali Kedua

- lesen memandu hendaklah digantung tidak lebih dari 12 bulan

Kali Ketiga

- lesen memandu hendaklah digantung tidak lebih 12 bulan; dan

- lesen memandu hendaklah dibatalkan , sekiranya kesalahan dilakukan bagi kali ketiga dalam tempoh 5 tahun.



Bagi lesen CDL yang digantung, pemandu berkenaan tidak boleh memandu atau mendapatkan suatu lesen, samada lesen belajar memandu atau selainnya, untuk memandu kenderaan daripada apa-apa kelas semasa tempoh penggantungan. Bagi pemandu yang telah dibatalkan lesen memandu (Lesen 'P'), tidak boleh memandu atau mendapatkan suatu lesen, samada lesen belajar memandu atau selainnya daripada apa-apa kelas bagi tempoh dua belas bulan dari tarikh penyerahan balik lesen.


Pemberian Bonus

Bagi pemandu-pemandu lesen CDL yang mendapatkan mata demerit kurang daripada 15 mata, jika tidak melakukan apa-apa kesalahan terjadual selama tempoh 24 bulan berturut-turut, 7 mata demerit akan diketepikan.

Kesalahan kesalahan terjadual dan mata demerit yang dikenakan


Bil 01 Kesalahan: Memandu atau mengawal kenderaan motor semasa berada di bawah pengaruh minuman yang memabukkan atau dadah.
Mata Demerit: 15

Bil 02 Kesalahan: Memandu dengan melulu atau membahayakan.
Mata Demerit: 15

Bil 03 Kesalahan: Memandu dengan tidak cermat dan tidak bertimbangrasa.
Mata Demerit: 15

Bil 04 Kesalahan: Perlumbaan haram
Mata Demerit: 15

Bil 05 Kesalahan: Seseorang yang tanpa alasan yang munasabah, gagal mengadakan spesimen nafas, darah atau air kencing apabila dikehendaki berbuat demikian oleh pegawai polis.
Mata Demerit: 15

Bil 06 Kesalahan: Gagal mematuhi lampu isyarat.
Mata Demerit: 10

Bil 07 Kesalahan: Melebihi had laju yang ditetapkan pada sesuatu jalan atau kenderaan

- melebihi 40 km/j Mata Demerit: 10
- melebihi 26 km/j - 40 km/j Mata Demerit: 8
- melebihi 1 km/j - 25 km/j Mata Demerit: 6

Bil 08 Kesalahan: Kesalahan-kesalahan berhubung memotong dan halangan semasa Bil memotong
Mata Demerit: 8

Bil 09 Kesalahan: Gagal memberi laluan kepada ambulans atau kereta bomba atau kenderaan polis.
Mata Demerit: 8

Bil 10 Kesalahan: Kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh pemandu di lintasan pejalan kaki
Mata Demerit: 8

Bil 11 Kesalahan: Kesalahan-kesalahan berkaitan dengan pemanduan di sebelah kiri jalan
Mata Demerit: 8

Bil 12 Kesalahan: Gagal berhenti di persimpangan
Mata Demerit: 8

Bil 13 Kesalahan: Cuai mengawal dengan wajar pergerakan kenderaan
Mata Demerit: 8

Bil 14 Kesalahan: Mengunakan kenderaan motor di jalan yang disekat
Mata Demerit: 5

Bil 15 Kesalahan: Mengabaikan arahan-arahan dan isyarat-isyarat lalulintas
Mata Demerit: 5

Bil 16 Kesalahan: Mengunakan tayar botak
Mata Demerit: 5

Bil 17 Kesalahan: Memotong di garisan kembar (garisan tidak putus)
Mata Demerit: 5

Bil 18 Kesalahan: Gagal mematuhi syarat syarat yang dilampirkan pada lesen memandu percubaan (kaedah 15A) Kaedah-kaedah kenderaan motor (lesen memandu) 1992 :

i gagal membawa lesen memandu percubaan bersama-samanya semasa memandu Mata Demerit: 5
ii gagal mempamerkan tanda pengenalan di tempat yang mudah dilihat mengikut gambarajah dalam jadual keenam kaedah-kaedah tersebut Mata Demerit: 10
ii gagal memastikan bahawa kandungan alkohol dalam nafas, darah atau air kencingnya adalah pada tahap 0.00 Mata Demerit: 5


http://www.jpj.gov.my/index.php?option= ... Itemid=191
admin
Informer
 
Posts: 3811
Joined: Thu Jan 01, 1970 12:00 am
Location: Kuala Lumpur

Return to JPJ - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 0 guests

  • Lazada Malaysia Lazada Malaysia Lazada Malaysia Lazada Malaysia